Rabu, 30 Mac 2011

KORANG INGT TENTERA JE KE YG AD ANGKATAN???BAJU POWN AD..HAHAHAHA





Angkatan Baju Malaya anjur siri jelajah muzik indie Oleh Nurulhisham Abdul Latiff



KERJASAMA: Sebahagian wakil label yang mengambil bahagian dalam siri jelajah ABM bergambar bersama artis yang bakal mengadakan persembahan, Radhi OAG.
SESUAI dengan kegilaan peminat terhadap muzik indie ketika ini, sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Angkatan Baju Malaya (ABM) mengambil kesempatan itu untuk mengadakan siri jelajah mereka yang bukan saja memberikan ruang untuk peminat mendapatkan pelbagai pakaian daripada label bebas, bahkan mereka turut berpeluang menyaksikan persembahan beberapa kumpulan indie tanah air.

ABM ialah himpunan organisasi bebas terdiri daripada 18 label pakaian dan seni, yang diusahakan kebanyakannya oleh generasi muda. Diasaskan oleh beberapa anak muda seperti Azizul Abdul Latif, Ahda Hazariman Zainul dan Goo Mei Jun, ABM kini dianggotai label PopMalaya/Evol, Bima, PopRina, The Super Sunday, Suicidal Clothing/Ironic Clothing, Pattern Clothing, I Heart KL, Defy, , Our Happiness, Dir-tee Clothing, Wearenvy, Street Signal, Junnu, Corepeps, ISU, BlackSheep Clothing dan Cherpen.

Sesudah sekian lama bekerjasama memantapkan usaha perniagaan mereka, kini pertubuhan itu bersatu dengan tujuan memajukan perusahaan - menerusi usaha memperkenalkan jenama keluaran mereka kepada masyarakat dengan lebih meluas.



Menurut Azizul, mereka sudah menunggu begitu lama untuk menjayakan siri jelajah terbabit. Jika tidak kerana gabungan kerjasama yang diperoleh hari ini, dia tidak menjangkakan usaha itu akan menjadi nyata.

"Matlamat utama siri jelajah ini adalah untuk memperkenalkan jenama pakaian tempatan tempatan kepada orang ramai. Ramai lagi daripada masyarakat kita yang belum mengetahui kewujudan label ini.

"Menerusi siri jelajah ini juga kami berharap dapat meluahkan perspektif kami yang unik dan nilai kehidupan menerusi rekaan atas pakaian, aksesori dan hasil seni berkenaan," kata Azizul yang juga pengasas PopMalaya, pada sidang akhbar mengumumkan projek berkenaan di Pasar Seni, baru-baru ini.

Siri jelajah ABM akan bermula pada 17 Mei ini dan berakhir pada 28 Jun depan. Ia akan dilangsungkan di empat tempat berasingan di seluruh negara, membabitkan penganjur bersama seperti Theatrical Records, Inspire Records, Body Surf Music dan Gegey Music.

Kehadiran syarikat rakaman berkenaan sebagai penganjur bersama adalah berikutan penyertaan beberapa kumpulan indie yang akan turut mengadakan persembahan sempena siri jelajah ini. Justeru, kemasukan ke tapak jualan dan persembahan adalah berbayar, iaitu RM25 untuk siri jelajah di Kuala Lumpur dan RM20 untuk tiga tempat yang lain.

Antara kumpulan yang bakal mengadakan persembahan ialah OAG, Azmyl Yunor & The Sigarettes, The Otherside Orchestra, Second Combat, Nao, Analogsix, Muck dan lain-lain.

Selain jualan pakaian yang kebanyakannya terdiri daripada baju pelbagai corak, aksesori dan hasil seni, gelanggang siri jelajah juga akan dimeriahkan dengan aktiviti melukis dan demonstrasi grafiti.




ARTIKEL NIE AK COPY DY ANGKATAN BAJU MALAYA NYE PAGES..SAMBIL 2 AK LEY PROMOTE CKET BENDE2 NIE KT KOWG...SUPPORT OUR LOCAL ART @ DESIGN @ THINGS.. :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan